Profesor Madya Dr. Mohd Muhiden Abd Rahman
Prof. Madya Dr. Mohd
Muhiden Abd Rahman di lahirkan pada 26 Julai 1964 di Bukit Tengah Bukit
Mertajam Pulau Pinang. Mendapat Pendidikan awal di SK Panji Kota Bahru Kelantan
dari tahun 1970-1976.. Kemudian menyambung pelajaran di Sek Men Arab Tarbiah
Mardhiah Panchor, Kemumin Kota Bharu Kelantan dari tahun 1977-1982 sebelum
menyambung pengaajian di Ma`had Muhammadi Kota Bharu Kelantan dari tahun
1983-1984. Seterusnya melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Imam Muhammad
Ibn Su`ud Riyadh Saudi Arabia dari tahun
1984-1990 dan mendapat Diploma Bahasa Arab serta Ijazah Pertama di bidang
Pengajian Hadith Fakulti Usuluddin dari Universiti tersebut pada tahun 1986 dan
1990.
Memulakan kerjaya sebagai seorang guru
sandaran di Maahad Saniah Pasir Puteh Kelantan dari bulan Mac sehingga Oktober
1990. Seterusnya mendapat tawaran sebagai tutor di Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya bermula 1 Oktober 1990. Pada yang sama beliau melanjutkan
pengajian di peringkat Master dan PhD dalam bidang pengajian Islam dan
Usuluddin di universiti Malaya.
Seterusnya dilantik
sebagai pensyarah pada tahun 1994 dan pensyarah kanan pada tahun 2004. Kemudian
dilantik Profesor Madya pada tahun 2008. Sekarang menjawat jawatan Timbalan
Pengarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam Puri Kelantan bermula
1 September 2008 sehingga 30 Jun 2011.
CAREER HISTORY :
Ø Profesof
Madya, UNIVERSITI MALAYA, 31/12/2008
Ø Pensyarah
Kanan, UNIVERSITI MALAYA, 23/04/2005 until 30/12/2008
Ø Pensyarah,
UNIVERSITI MALAYA, 01/04/1994 until 23/04/2005
Ø Tutor,
University of Malaya, 29/10/1990 until 31/03/1994
Ø Guru,
SEK. MEN. AGAMA (A) SANIAH, 10/03/1990 until 28/10/1990
Di Antara Karya Beliau
:
1.
Mohd Muhiden
Abd Rahman, 2010. `ULUM AL-HADITH - Lengkap dengan Takhrij al-Hadith dan
Pengajian Sanad Hadith. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
2.
Mohd. Muhiden
Abd. Rahman, 2009, Kitab al-Fawa`id al- Bahiyyah fi al-Ahadith al-Nabawiyyah
(tahkik), Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.
3.
Mohd. Muhiden
Abd. Rahman, Fauzi Deraman, Ishak Suliaman, Abdul Karim Ali, 2007, Autoriti
Hadis - Menangani Gerakan Antihadis, Kuala Lumpur, Penerbit Universiti Malaya.
4.
Mohd. Muhiden
Abd. Rahman,2006, Riwayat Hidup Imam al-Nawawi dan Sumbangannya Kepada
Pengajian Hadith, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.
5.
Mohd. Muhiden
Abd. Rahman,2006, Riwayat Hidup Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Sumbangannya
Kepada Pengajian Hadith, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ø Seminar
Kaifiat Wuduk Rasulullah SAW oleh Prof. Madya Dr. Mohd Muhiden Abd Rahman.
Ø Rujukan
:
http://umexpert.um.edu.my/papar_cv.php?id=AAAJxnAAQAAAF+GAAK
No comments:
Post a Comment