Dr. Abdul Hayei Bin Abdul Sukor
Dr.Abdul Hayei Bin Abdul Sukor |
Y.Bhg. Dr Abdul Hayei Bin Abdul Sukor dilahirkan pada
6 Januari 1947 di Pasir Mas,Kelantan Darul Naim dan berusia 64 tahun.Beliau
juga merupakan mantan Profesor Madya di Akademik Pengajian Islam,Universiti
Malaya.
Memulakan permusafiran ilmu beliau
dengan memperolehi ijazah pertama daripada Universiti Darul Ulum,Deoband di
India.Kemudian beliau menyambung pelajaran di peringkat Sarjana di Universiti
Al-Azhar,Kaherah di Mesir dalam jurusan pengkhususan Hadith dan Ulum Hadith.
Dr Abdu Hayei
Bin Abdul Sukor adalah seorang cendekiawan Islam lepasan Universiti Al-Azhar,Mesir.Beliau memulakan kerjayanya
sebagai pensyarah Usuluddin di Yayasan Pengajian Islam Kelantan ,Nilam
Puri,Kelantan Darul Naim pada tahun 1976 hingga 1979.Kemudian beliau
memperolehi ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Hadith daripada Universiti
Malaya.Seterusnya menjadi sebagai Pensyarah dan Dekan di Falkulti Usuluddin
,Akademik Pengajian Islam,Universiti Malaya bermula pada tahun 1980 hingga
2003.
Beliau
merupakan salah seorang ahli jawatankuasa Fatwa Kebangsaan,serta pakar rujuk
dalam bidang Al-Quran,Hadith dam akidah kepada
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).Banyak menulis buku dan artikel
serta salah seorang Panel Kajian Akidah JAKIM,Ahli Perunding Hukum
Syara’Wilayah Persekutuan ,Ahli Jawatankuasa Penapisan Bahan-bahan Penerbitan
Berunsur Islam dan juga Ahli Dewan Ulamak ,Majlis Agama Islam Negeri Kelantan.
Selain itu,beliau sangat aktif berdakwah menyampaikan
syarahan agama,kuliah dan tazkirah di seluruh Negara selain menjawab persoalan
agama menerusi laman web rasminya http//www.drhayei.com.Beliau kini giat menyampaikan kuliah subuh dan
selepas asar setiap hari di Masjid AT-Taqwa Tun Dr Ismail kecuali hari
minggu.Kuliah beliau mendapat sambutan yang menggalakan.Kepakaran beliau dalam
ilmu tafsir telah banyak menarik minat Ahli Kariah sekitar Taman Tun Dr Ismail
dan kuliah Magrib di Masjid Tun Abdul Aziz ,Petaling Jaya.Turut
bertanggungjawab sebagai Penasihat ,Masjid Taman Tun Dr Ismail selain pernah
menjadi Ahli Lembaga Pengarah ,Pusat Rawatan Islam Wilayah Persekutuan
(PUSRAWI).
Beliau telah memberikan sumbangan yang sangat
besar dalam penulisan karya-karya ilmiah.Selain sibuk dengan penulisan artikel
dan manakala ahli ilmiah dalam jurnal,majalah dan akhbar,beliau
turutmenghasilkan sebuah kitab tafsir Al-Quran versi Melayu yang berjudul ‘TAFSIR PEDOMAN MUTTAQIN’ yang telah
diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM).Karya ini merupakan
sumbangan besar beliau khususnya dalam legasi keilmuan beliau.
Antara karya yang diterbitkan oleh beliau |
Kitab
tafsir ini sebagai satu signifikan kepada kesinambungan kitab tafsir terdahulu
iaitu Tafsir Pimpinan Ar-Rahman.Tafsir Ar-Rahman merupakan tafsir yang memimpin
masyarakat Islam menghayati isi kandungan Al-Quran ,manakala Tafsir Pedoman
Muttaqin menjadi pedoman kepada orang yang memperoleh takwa setelah dipimpin
dan dibimbing.
Tafsir
Al-Quran ini sangat mudah difahami oleh masyarakat awam ,bersift ilmiah,menarik
,kupasan yang kontempori dan perbahasan isu semasa yang relevan dengan cabaran
dan situasi umat Islam masa
kini.Diterbitkan sebanyak 30 juzuk iaitu dua (2) juz setahun bermula tahun 2008
sehingga tahun 2022.
Antara karya lain beliau adalah seperti
berikut:
“Hadith 40 Al- Nawawi, Tafsir dan Ulasan” yang
diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1985
“Hadis
Maudhu’, Sejarah dan Konsep”, Terbitan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
(JAWI), Tahun 1998
“Islam
Dalam Sabda”, Jilid 1 Terbitan Al-Amani Publisher pada tahun 2003
“Imam
Malik, Sejarah dan Pemikiran”, Terbitan Yayasan Islam Negeri Terengganu, pada
tahun 2003.
Beliau adalah penerima Anugerah Perdana
Maulidur Rasul 1432H/2011,seorang yang baik hati,dan seorang pakar yang banyak
menyumbang tenaga kepada negara kepada agama dan bangsa.
Ramai
yang tidak tahu bahawa Haji Saad bin Haji Daud (1893-1943) atau lebih dikenali
sebagai Haji Saad Kangkong adalah datuk kepada Dr Hayei. Haji Saad merupakan
salah seorang tokoh ulamak di nusantara yang terkemuka dan antara yang
bertanggung jawab mengembangkan syiar Islam di nusantara. Haji As'ad bin Haji
Daud merupakan imam sewaktu perintis di Masjid Besar Kota Bharu. Guru Kitab
Arab paling muda di Halaqat kitab Masjid Muhammadi.
Rujukan:
No comments:
Post a Comment